Sunday, April 19, 2020

Resepi Kek Marble Rajin


Assalamualaikum.. 
Lama tak update blog. 
Sempena musim PKP ni, terajin la jugak nak buka tengok blog ni haa. 

Nak share 1 resepi kek marble ni dengan angpa semua. Sapa2 rajin tu try2 la buat k.. insyaAllah senang ja kalau angpa rajin..heheh
Isya pon sebenarnya tak berapa rajin, tapi disebabkan rasa teringin nak buat, dengan anak2 pon dok mintak kek, isya buat la. Gubah resepi ikut dan isya ja. 

Ni haa resepi Kek Marble Rajin isya tau..

200g majerin
200g gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovalet
60gm susu full cream
Putar sebati speed 1

7 biji Telur B
Masukkan satu persatu 
Tambah speed tertinggi, putar sampai kembang.

Turun ke Speed 1

200g tepung gandum
50g tepung jagung
1 sudu teh baking powder
Masukkan tepung2 bersama serbuk penaik perlahan-lahan ke dalam adunan, sebatikan, tambah speed maksima, putar lagi  dalam 3-5 minit
Kenapa kena pelan2, supaya tepung tu tak terbang ke muka angpa haaa. Jadi slowkan dulu speed mixer tu tau. 

Bahagikan 3/4 bahagian

Letak warna kesukaan setiap 1 bahagian adunan.

Loyang 9inci. Sapu majerin dalam loyang, Lapiskan baking paper pada dasar loyang. Dinding loyang ikut suka nak lapik boleh tak nak pon tak pa.

Tuang adunan selang seli warna.

Lorekkan bahagian atas adunan dengan lidi. Tulis ja huruf SSSSS memusing bersilang hentam kromo.

Bakar suhu 120 selaman 60 minit. Ikut oven masing2.
Oven isya pensonic kecik ja 38liter.

Ni la dia rupa kek marble rajin isya.
Rasa dia sedap elok dah (puji sendiri nampakkkk?)
Tekstur dia soft jaaaa (selembut aisyah..kehkehkeh) dan moist gitu.


Ok, tu la ringkasnya resepi marble rajin ni k.. 
Buat la mesti jadi punya. Alang2 duduk di rumah ni kan? Buat kek lagi baguih, jangan dok p meronda pulak. Klu nak keluaq p beli barang buat kek takpa. Tak pon, suruh ketua keluarga p beli naa. Tulis bg clear2, siap jenama, berat, harga dengan kedai sekali tulis bg depa paham.. 🤭

Ok lah..
Selamat mencuba!

Sunday, October 21, 2018

Perempuan Kaki Bersaiz Besar Murah Rezeki


Orang-orang tua cakap kalau perempuan kaki saiz kapal ni rezeki murah. Tak tau lah betul atau salah.

Orang-orang Cina percaya bahawa “rasa sejuk datang dari kaki” dan “seseorang mulai penuaan dari kaki”. Kaki adalah punce kepada masalah yang tersembunyi dalam tubuh manusia. Masyarakat Cina percaya bahawa setiap titik meridian di kaki kita adalah sebahagian daripada sistem tubuh kita, kerana itu refleksi kaki adalah rawatan ideal untuk orang tua, orang yang tertekan, ahli sukan, dan semua orang. Adakah anda tahu bahawa hanya dengan mengamati bentuk kaki seseorang dan kaki, anda boleh mempelajari tentang ciri-ciri keperibadian dan rahsia seseorang?

Bacalah untuk pengetahuan, bukan untuk kepercayaan.

Kaki panjang, ramping dan halus menunjukkan orang tersebut akan menikmati kehidupan yang belayar lancar dengan sedikit rintangan. Seorang yang aktif, berkerja keras dan suka membantu. Lebih cenderung memiliki kehidupan yang sangat baik sebelum tiga puluhan anda. Setelah 30, kehidupan anda bergantung pada takdir penunjuk lain.

Kaki yang pendek berbanding tubuh menunjukkan kecerdasan, penuh perhatian dan tenang. Lebih cenderung memilih pekerjaan yang tidak memerlukannya untuk berhubungan dengan orang terlalu banyak. Mungkin menghadapi beberapa kepayahan sebelum tiga puluhan, tapi setelah itu sangat meningkatkan keberuntungan anda menjadi lebih baik.

Seseorang yang berjalan dengan kaki menghala ke dalam menunjukkan mereka low profile, lebih suka kehidupan stabil daripada mengambil risiko.

Jika anda berjalan dengan kaki terbuka, ini menunjukkan anda orang yg suka menyibuk hal orang. Anda mungkin lebih sibuk dengan urusan org lain berbanding dgn urusan sendiri. Anda suka menunjuk dan biasanya sangat becok.

Kaki kurus bertulang menunjukkan kemiskinan. Hidup mempunyai banyak kesulitan dan itu adalah perjuangan untuk membuatkan hidup berjalan lancar. Jadi jangan cuba untuk gemuk kaki anda. Tidak seperti kaki berdaging baik untuk membawa kehidupan yang baik!

Jari-jari kaki berbentuk tajam menunjukkan anda adalah kambing hitam keluarga. Anda suka menghabiskan wang tetapi malas untuk bekerja, itu menunjukkan kurangnya prestasi besar dalam hidup.

Kaki yang berisi dan halus menunjukkan anda akan menjadi sangat makmur dan kaya. Hal ini juga penunjuk bahawa keluarga seperti seseorang sangat kaya, termasuk kelas istimewa.

Jika kuku jari kaki anda tersusun dalam bentuk bulat dan halus, terutama jika anda seorang wanita, hal ini menunjukkan anda akan berkahwin dengan suami yang kaya.

Jari-jari kaki yang kecil menunjukkan anda adalah orang yang bertanggungjawab dan jujur. Orang dengan jari-jari kaki kecil dikatakan untuk menjaga harta pasangan dengan baik.
Jika kaki anda besar, (saiz 8 ke atas untuk lelaki dan saiz 7 ke atas untuk perempuan) ini menunjukkan anda adalah seorang “survivor”. Anda boleh mengendalikan setiap jenis masalah, kemunduran, kesulitan atau orang yang sukar.
Anda menentukan dan dapat memberikan kepimpinan yang kuat.

Jika jari kaki tengah adalah yang terpanjang di antara jari-jari kaki yang lain, itu bukan penunjuk yang baik kerana menunjukkan nasib anda boleh berubah menjengkelkan selama setengah baya .. Anda boleh menderita kekurangan terus-menerus menghadapi masalah wang dan yang menghalang kejayaan anda.

Jika jari kedua kaki anda lebih panjang dari ibujari kaki anda, hal ini menunjukkan anda akan mempunyai banyak rezeki dan banyak teman-teman di sekitar anda. Anda melihat orang lain dengan hati yang baik, begitu banyak akan berbicara baik tentang anda. Tetapi anda harus bekerja keras untuk mempertahankan gaya hidup anda semakin boros.

Jika kaki anda kecil (saiz 6 ke bawah untuk lelaki dan saiz 5 ke bawah untuk perempuan), anda harus merawat hidung atau sistem pernafasan. Anda dewasa dan bijaksana, tetapi harus belajar untuk mengatasi sifat cemburu anda dan kecenderungan, kerana mereka boleh membawa kepada kejatuhan anda atau menjadi sumber utama ketidakbahagiaan.

Warna jari kaki anda tidak boleh hanya menunjukkan keadaan kesihatan anda, juga boleh menunjukan potensi anda untuk kekayaan. Jari-jari kaki yang susu putih dan telus cadangkan anda akan memiliki kehidupan yang stabil. jari-jari kaki kelabu cadangkan anda akan memiliki kehidupan yang sukar. Warna kemerahan Namun yang terbaikadalah, yang menunjukkan seseorang itu kaya dan sukses.

Jari-jari kaki besar menunjukkan anda adalah pemimpin. Anda boleh menjadi orang yang sangat keras kepala, panas marah dan posesif, tapi anda dapat membangkitkan ghairah besar pada orang lain.

Jari-jari gemuk dan tidak seragam dalam saiz, ini menunjukkan anda mempunyai keberuntungan untuk memiliki harta dan menikmati nasib baik. Anda mempunyai potensi untuk menjadi seorang hartawan terkemuka.

#credittoaliffchannel

Saturday, August 18, 2018


MARI KITA FAHAM SERBA SEDIKIT SEJARAH MALAYSIA...
JANGAN ESUK ANAK CUCU TANYA KITA MAIN HANTAM JER....
Kita semua tahu bahawa MALAYSIA ialah nama negara kita setelah berlaku percantuman antara 11 negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Sebelum penubuhan Malaysia, kita di Semenanjung Tanah Melayu memanggil negara kita Persekutuan Tanah Melayu. Semasa negara kita merdeka dari British pada tahun 1957, nama negara kita pada masa itu ialah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.
Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh penjajah British, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan UMNO(United Malays National Organisation). Sebelum itu, negeri-negeri yang tergabung di dalam Persekutuan Tanah Melayu di panggil negeri-negeri TANAH MELAYU sahaja. Di dalam bahasa Inggeris, negeri-negeri Tanah Melayu dipanggil ‘Malay States’, sementara Persekutuan Tanah Melayu di panggil ‘Federation of Malaya’, atau ‘Malaya’ sahaja.
Persoalannya, bagaimana timbul nama MALAYSIA, iaitu gabungan nama-nama MALAYS dan ‘IA’. Dan kenapa pemimpin-pemimpin kita terdahulu menamakan nama negara kita MALASIA. Apakah dengan pertukaran nama dari Persekutuan Tanah Melayu kepada MALAYSIA, terhapuslah kata asal MELAYU sebagaimana dalam nama Persekutuan Tanah Melayu?
Kalau kita kaji nama-nama negara-negara di dunia, terdapat nama-nama utama negara dunia, iaitu yang berakhir dengan ‘land’ , ‘tan’ dan ‘ia’. Semuanya membawa maksud yang hampir sama, bermaksud ‘tanah’. ‘Land’ ialah dari bahasa Inggeris/Eropah, ‘tan’ dari bahasa Farsi, dan ‘ia’ dari bahasa Latin.
Antara nama-nama berakhir dengan ‘land’ ialah England(Tanah bangsa Angels), Iceland(tanah air batu atau ‘ice’), Scotland(tanah bangsa Scots), Swaziland(tanah bangsa Swazis), Finland(tanah bangsa Finns) dan sebagainya. Tidak lupa juga nama Thailand(tanah bangsa Thai).
Antara nama-nama negara berakhir dengan ‘tan’ ialah Pakistan(tanah suci), Tajikistan(tanah bangsa Tajik), Afghanistan(tanah bangsa Afghan) dan Kirgyztan(tanah bangsa Kysgyz). Lain-lain nama termasuk Baluchistan, Kazakhstan, Turkemanistan.
Hampir separuh nama-nama negara dunia berakhir dengan perkataan ‘ia’. Antaranya termasuk Russia(tanah bangsa Ross), Somalia(tanah bangsa Somali), Algeria(tanah bangsa Algiers), Bolivia(tanah bangsa Bolivars), India(tanah sungai Indus), Columbia(tanah Columbus), Mongolia(tanah bangsa Mongols), Ethiopia(tanah bangsa kulit hitam) dan sebagainya.
Dari paparan di atas, jelaslah nama MALAYSIA adalah versi ‘latinised’ berpangkalkan perkataan MALAYS, ungkapan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan MELAYU. Jadi MALAYS-IA bermakna LAND OF THE MALAYS, atau lebih tepat, TANAH BANGSA MELAYU.
Fakta menarik tentang Pembentukan negara Malaysia:
Malaysia sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963. Tetapi disebabkan bantahan daripada negara jiran (Indonesia dan Filipina), ia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963. Atas pertimbangan bahawa tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh asas kepada penubuhan sebuah negara persekutuan dan tarikh 16 September merupakan tarikh tundaan yang ditetapkan disebabkan tekanan yang timbul daripada negara luar, jadi Hari Kebangsaan masih lagi ditetapkan & disambut pada 31 Ogos setiap tahun, iaitu sebagaimana Amerika Syarikat menyambut hari kebangsaan mereka pada 4 Julai setiap tahun, walaupun tarikh kemerdekaan adalah berbeza-beza bagi negeri-negeri dalam Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, tarikh 16 September pada hari ini telah diisytiharkan sebagai Hari Malaysia dan dijadikan cuti umum.
Filipina pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963.
Menurut maklumat tidak rasmi, selain Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak, pihak British juga menawarkan kawasan selatan Siam iaitu Patani, Jala (Yala), Menara (Narathiwat), Singgora (Songkhla) dan Setul (Satun) untuk sama-sama bergabung dan merdeka dalam Malaysia sebagaimana permintaan pemimpin dan pejuang Melayu di kawasan tersebut, memandangkan kawasan tersebut juga masih dihuni oleh majoriti penduduknya dari Bangsa Melayu. Tetapi telah ditolak oleh Tunku Abdul Rahman ketika itu untuk tidak menambah bantahan sebuah lagi negara jiran terhadap cadangan penubuhan Malaysia iaitu Thailand.
Di bawah ini pula merupakan antara cadangan rekabentuk bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu, sebelum dibuat sedikit pengubahsuaian dan seterusnya digunakan sehingga kini apabila Negara Persekutuan Malaysia diisytiharkan :
Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berasa bangga kerana uniknya negara ini. Pelbagai agama, budaya, bangsa tetapi kita masih hidup aman damai. Tidak dinafikan memang terdapat segelintir kelompok kecil yang mempejuangkan “racism”, tapi secara keseluruhannya Malaysia sebuah negara yang majmuk.
CnP

Friday, August 17, 2018



MENGHORMATI MENTUA BERMAKNA JANGAN MENDERHAKAINYA

Selesai sahaja majlis akad nikah, setiap pasangan tanpa disedari telah menambahkan ahli baru dalam kehidupan indah mereka iaitu mentua.  Manakala  di pihak mentua pula dengan senyum semanis kurma telah menyambut mesra kehadiran menantu mereka.

 Islam meletakkan status dan kedudukan yang tinggi terhadap kedua ibu bapa termasuk mentua kita . Tanggungjawab itu tidak boleh diabaikan oleh menantu, terutamanya menantu lelaki. Mengabaikan tanggungjawab terhadap mertua  bagaikan  mengabaikan ibu bapa  kita sendiri. Ajaran agama kita dengan jelas menyatakan bahawa kita tidak akan terbatal wuduk dengan mentua kita. Rasulullah SAW ada ada menyatakan kedudukan mentua melalui sabda Baginda  yang bermaksud “Ibu mentua kedudukannya adalah sebagai ibu “ ( Riwayat At-Tirmidzi dan Ahmad)

Taraf dan penghormatan kita terhadap  mentua sama seperti ibu bapa kita sendiri. Sememangnya  kita ada tanggungjawab yang  perlu dilaksanakan kepada mereka atas sifat sebagai menantunya. Selagi ditanam perasaan asing dalam pemikiran dengan menganggap mentua adalah ibubapa kelas kedua maka selagi itulah ruang terbuka untuk menanam rasa curiga dan irihati sentiasa.
Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap mentua. Jika tanggungjawab itu diabaikan pastinya isteri kepada seorang suami menjadi tidak selesa bilamana ibu bapanya telah diabaikan suami. Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama kedudukannya.Tidak  akan rugi apa-apa seandainya kita berbuat baik kepada mereka. Pepatah Arab ada menyebut yang bermaksud " Buatlah baik kepada manusia nescaya kamu dapat mengabdikan hati mereka."

Bagi sesetengah  pasangan, permasalahan hubungan antara menantu dan mentua kerap menjadi punca timbulnya konflik suami dan isteri. Meskipun  di zaman ini sudah banyak pasangan yang tidak tinggal serumah dengan mentua, namun bukan bererti bahawa masalah menantu dan mertua telah berakhir. Ada sesetengah menantu dan mentua terpaksa adakan gencatan senjata  berpunca daripada perang dingin yang berpanjangan.

Mutakhir ini semakin ramai yang salah tanggap mengenai tanggungjawab sebenar seorang menantu terhadap mertuanya. Manifestasi tersebut telah membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mertua. Sedangkan agama menuntut agar mereka wajib di hormati sepertimana penghormatan terhadap ibu bapa kita  sendiri. Tambahan pula dikala usia tua mereka yang memerlukan pen jagaan kita . Allah  berfirman didalam Al Quran yang bermaksud

 “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkahlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” (Surah  Al-Israa’: 23-24)

Apabila wujudnya rasa kurang rasa hormat dan menurunya nilai tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan perasaan dukacita terpancar dihati mereka. Menantu lelaki terutamanya mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap mertua berbeza dengan menantu perempuan. Kalau seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang perlu dihormati dan ditaati selepas Allah dan Rasul, bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mertua, mereka wajib menghormati ibu mentua lalu  diikuti  dengan bapa mentua.

          Perasaan kasih sebagai anak sendiri mesti ditanam kukuh dalam jiwa dan perasaan setiap mentua  terhadap menantunya. Memberi layanan kelas kedua terhadap menantu akan mengheret  dilema kebencian menantu kepada mentuannya secara berterusan. Ditokok tambah  dengan masalah kecil yang dicantumkan untuk mempertahankan rasa permusuhan  tersebut.

          Sekiranya ada apa-apa masalah yang timbul melibatkan menteua dan menantu, terutama dalam tempoh penyesuaian cara hidup baru maka perbincangan secara keluarga perlu dihidupkan. Mentua sebagai  orang lama yang banyak merasai asam garam kehidupan hendaklah bertindak matang sesuai dengan status dan kedudukannya, tanpa menggunapakai kuasa mutlak dalam apa jua tindakan.
          Tidak dinafikan ada kalangan mentua yang cerewet sifat dan perilakunya. Mereka sering mencampuri urusan rumah tangga anak mereka sehingga anak membawa kepada padah bercerai-berai. Namun tidak dinafikan bahawa sikap bergadang dan keras hati bernafsukan kemarahan berpunca daripada salah tanggapan melibatkan rasa tidak puas hati  kedua-dua belah pihak yang terlibat.
Masyarakat sekeliling juga dilihat berperanan mengeruhkan suasana dan  hubungan diantara mentua dan menantu. Mereka melemparkan pelbagai persepsi negatif terhadap kedua-duanya. Ada kalangan tertentu yang memanaskan keadaan dengan bertindak sebagai batu api yang menyembunyikan peranan mereka.  

 Ada ahli masyarakat yang beranggapan bahawa  kalau ingin melihat rumah tangga pasangan yang baru kahwin itu bahagian maka mentua harus diasingkan. Lebih parah keadaanya apabila menantu dilarang mewujudkan hubungan yang baik dengan mentua sebagai petua menjaga keharmonian rumah tangga. Ada yang menyebut bahawa mentua tidak boleh dibawa tinggal bersama  dengan anak menantu. Banyak lagi tanggapan negatif yang disebarkan dan amat menghairankan apabila ianya mudah  dipercayai dan diterima oleh pasangan yang baru berkahwin. Persepsi yang tidak baik ini jika dibiarkan berupaya  membunuh mesra diantara mentua dan menantu.

Setiap keluarga mempunyai budaya kehidupan keluarga yang tersendiri. Begitu halnya antara menantu dan mentua yang tentunya memiliki  cara dan kaedah pengurusan kehidupan keluarga yang berbeza. Contohnya, cara pengurusan kehidupan bandar berbeza dengan cara pengurusan hidup di kampong. Perbezaan yang ketara biasanya melibatkan status keluarga, status pendidikan, pegangan agama, pengalaman peribadi dan gaya interaksi yang menjurus kepada pembentukan karektor, sikap dan gaya pembawaan seseorang individu bilamana berhadapan dengan sesuatu masalah.

            Jangan mudah bersikap negatif dan saling menyalahkan apabila berlakunya  ombakan perasaan tidak puashati dalam keluarga berkaitan. Usah menyalahkan antara satu sama lain lantas bertindak  bermusuhan antara mentua dengan menantu. Sebaik penyelesaian ialah belajarlah sedikit demi sedikit melihat sesuatu permasalahan secara objektif. Mulakan dengan mengubah pola pemikiran kita sendiri. Hal ini berkait rapat kerana pasangan yang mempunyai sikap prejudis di dalam diri.

Melayan sikap yang negatif yang membiak dalam diri kita menyebabkan kita sering menyalahkan orang lain. Dengan mudah kita memustuskan hubungan silaturrahim semata-mata kerana nafsu dan sikap buruk kita sendiri. Rasulullah SAW mengingatkan kita melalui sabda Baginda  “ Sesungguhnya rahmat Allah tidak turun pada kaum yang adapadanya orang-orang yang memutuskan silaturrahim.” (Riwayat Ahmad)

          Rasulullah SAW telah menekankan bahawa derhaka kepada orang tua adalah salah satu dosa besar setelah menyekutukan Allah SWT. Sabda Baginda  “Adakah kalian mahu kuberitahu tentang dosa-dosa yang besar?”. Para sahabat menjawab: “Kami mahu, wahai Rasulullah SAW”. Rasulullah SAW bersabda: “menyekutukan Allah SWT dan derhaka kepada orang tua”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sementara mentua pula sewajarnya menghormati apa jua keputusan anak dan menantu dengan mengiktiraf kedewasaannya. Mentua seberapa upaya hendakalah cuba memahami kehendak dan keperluan mereka.Tiada salahnya kita mendengar pendapat anak dan menantu kita lebih-lebih lagi zaman kita berbeza dengan zaman yang dilaluinya kini. Selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum dan prinsip agama maka kita sebagai mentua tidak ada sebab dan alasan untuk menolak apa jua cadangan untuk  kebaikan anak menantu kita.

Mentua hendaklah kita berperanan sebagai insan yang boleh membantu mengembirkan kehidupan anak menantu. Sewajarnya kita mengambil berat tentang keadaan anak dan menantu untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap keduanya, lebih-lebih lagi kepada cucu kita yang  dihasilkan oleh zuriat mereka. Berkongsi pengalaman dengan bercerita dan berkongsi idea serta mendapatkan pandangan daripada menantu dalam apa-apa isu keluarga yang bersesuaian adalah pendekatan terbaik merapatkan hubungan diantara mentua dan menantu.

Sewajarnya menantu juga menunjukkan sikap yang baik, mudah mesra dan bertolak ansur dengan mentua.  Sikap tolak ansur ini adalah amalan yang terpuji dalam agama kerana menghapuskan sifat mementingkan diri sendiri. Hari ini kita mengamalkan sikap bertolak ansur  terhadap mentua kita.
Suatu masa nanti bakal menantu kita akan meneruskan sikap dan amalan yang sama terhadap kita. Sekurang-kurangnya kita boleh berkongsi memahami  jiwa dan perasaan orang tua yang sangat sensitif dan mudah tersentuh itu. Yakinlah bahawa kita juga akan mengambil alih tempat mereka dengan alunan perasaan yang sama terhadap menantu yang bakal hadir sebagai penyeri dalam kehidupan kita nanti.




Ni mak mertua isya, yg sebelah isya tu. Meriba cucu baru.. Yg peluk kakak toksu yam, adik tokwan. Adik ipar mak mertua.

Credit: Amran Zakaria

Penyeri hidupku yg ketiga (dewi yusra)

Tinggal 23 ogos 2015
Maka lahirla anak dara pertama yg Ku tunggu2.. Baby girl kan, boleh geng ngn ibu.. Comey Sgt anak dara ibu..












Friday, March 1, 2013


SEJARAH SUKU KAUM SULUK DI SABAH



Suku kaum Suluk ialah suku kaum yang terdapat di sebelah pantai timur Sabah dari utara Kudat hingga ke tenggara Tawau. Suku kaum Suluk ini adalah penduduk asal di Sabah. Masyarakat Suluk ini adalah tergolong dalam rumpun Melayu sama seperti suku kaum Melayu Brunei, Melayu Arab, Melayu Banjar dan Melayu Jawa. Sebaliknya, masyarakat Melayu Suluk di Sabah ini tidak berbeza dengan bangsa Tausug di Kepulauan Sulu yang terpisah ratusan tahun dari perhubungan dan amalan cara hidup.

Di Sabah, masyarakat Suluk tempatan telah hidup beratus tahun di Sabah bersama masyarakat lain seperti masyarakat Bajau, Dusun, Sungai dan Murut. Pejuang Bangsa Menentang Penjajah British iaitu Datu Paduka Mat Salleh adalah berketurunan Suluk Paitan manakala Bapa Kemerdekaan Sabah iaitu Tun Datu Mustapa Datu Harun adalah berketurunan Suluk Kudat. Pengarah Yayasan Sabah iaitu Tan Sri Datu Khalil bin Datu Jamilul juga adalah berketurunan Suluk tempatan Sabah. Begitu juga dengan Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Haji Datu Nasrun bin Datu Haji Mansur yang mana beliau juga adalah berketurunan Suluk Sabah. Manakala selain dari Datu Paduka Mat Salleh, ada ramai lagi pejuang pejuang bangsa penentang penjajah British dari kalangan mereka yang berketurunan Suluk Sabah iaitu Datu Tating di Pulau Balambangan pada tahun 1773, Datu Baginda Putih di Sandakan pada tahun 1879 dan Datu Kedunding pada tahun 1879 di Tungku.

Pada masa kini, masyarakat Suluk di Tawau ( yang dahulunya tinggal bersama dengan masyarakat Tidung di sebuah perkampungan nelayan dikenali sebagai Tawau Lama pada masa kini ), sudah tidak wujud lagi sebagai masyarakat Suluk asli sebaliknya keturunan mereka sudah bercampur baur keturunannya melalui perkahwinan dengan masyarakat lain seperti Tidung, Cina Muslim, Arab, Iban Muslim, Banjar, Jawa dan sebagainya. Mereka lebih dikenali sebagai Masyarakat Melayu di Tawau ini kerana bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat dan budaya Melayu sejak turun temurun. Misalnya keturunan Kee Abdullah ( Cina Muslim ), Penghulu Tawau pertama telah berkahwin gadis Melayu Suluk ( Jumatiah ) dan ramai keturunannya hari ini adalah berketurunan Melayu Tawau. Begitu juga Datuk Abu Bakar Titingan ( Suluk ) yang berkahwin dengan Kee Hayati ( peranakan Cina ) dan mewujudkan ramai keturunan Melayu di Tawau ini.

Ramai masyarakat di Tawau yang dikenali sebagai masyarakat Melayu ini adalah keturunan dari pelbagai suku-suku kaum yang sudah mengalami percampuran darah keturunan sejak dahulu lagi. Mereka tidak boleh dibezakan kerana agama dan budaya yang diamalkan adalah sama. Namun keadaan ini tidak sama dengan masyarakat pendatang dari Indonesia dan Filipina kerana mereka ada budaya yang tersendiri. Ini kerana kewujudan imigran-imigran Indonesia dan imigran-imigran Filipina ini adalah agak terkemudian iaitu setelah Tawau makmur sebagai lubuk sumber ekonomi. Mereka datang ke Tawau semata-mata untuk mencari rezeki dan sebelum kedatangan mereka ke Tawau, mereka sudah pun mempunyai identiti negara mereka sendiri. Berbanding dengan masyarakat Melayu Tawau ini, mereka telah wujud di Tawau sudah terlalu lama iaitu sebelum kedatangan pemerintahan penjajah Inggeris atau sebelum zaman pemerintahan tentera Jepun lagi.


Sejarah Suluk di Sabah

Mengikut sejarahnya, Sabah dahulunya adalah sebahagian Kerajaan Kesultanan Melayu Sulu ( di sebelah timur ) yang begitu rapat hubungannya dengan Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei ( di sebelah barat Sabah ). Tanah jajahan Kerajaan Melayu Sulu meluas hingga keseluruhan bahagian timur Sabah termasuk di kawasan sepanjang Sungai Sugut, Sungai Labuk dan Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama. Masyarakat Melayu Suluk telah membuka penempatan di pesisiran pantai sebelah timur Sabah. Misalnya, Sandakan dan Lahad Datu adalah contoh penempatan yang diberi nama mengikut bahasa Suluk asli.Sandakan adalah bermaksud 'Tanah Gadaian' manakalaLahad Datu bermaksud 'Persinggahan Datu'.

Di Tawau, masyarakat Suluk tempatannya agak berbeza dengan masyarakat Suluk Sabah yang lain. Ini kerana masyarakat Suluk Tawau yang telah wujud lama di Tawau ini telah berasimilasi dengan masyarakat Melayu lain yang ada di Tawau. Mereka hidup bersama dan berkahwin dengan masyarakat suku kaum Melayu lain seperti Melayu Tidung, Melayu Banjar, Melayu Arab, Melayu Jawa , Melayu Bugis dan sebagainya. Rentetan dari perkahwinan campur antara pelbagai suku kaum Melayu ini, kini masyarakat Melayu Suluk di Tawau lebih dikenali sebagai Masyarakat Melayu Tawau.

Oleh kerana Sabah Timur di bawah pemerintahan Kerajaan Melayu Sulu, banyak golongan bangsawan di kalangan masyarakat Suluk Sabah yang dilantik sebagai wakil pemerintah Kerajaan Melayu Sulu. Misalnya Datu Paduka Mat Salleh yang diberi kuasa untuk menjaga perairan Sungai Sugut. Gelaran 'Datu' pula adalah gelaran yang diberikan kepada golongan bangsawan masyarakat Melayu Suluk di Sabah. Di Tawau pula, pemimpin Melayu dari keturunan Suluk yang pernah memimpin masyarakat suatu ketika dahulu ialah Sarip Ali dari tahun 1905 hingga 1912. Selepas itu, ketika sebelum dan selepas Perang Dunia dan Pendudukan Jepun di antara tahun 1937 hingga 1953, Penghulu Abu Bakar yang juga berketurunan Suluk Tawau pernah memimpin masyarakat Melayu di Tawau. Kemudian era pra kemerdekaan, Datuk Abu Bakar Titingan bin Damsani ( juga berketurunan Suluk Sabah ) pula memainkan peranan sebagai pemimpin masyakarat Melayu di Tawau. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi USNO pada Mei 1962 dan memikul tanggungjawab untuk menyatukan semua orang-orang Melayu pada masa itu di bawah satu payung iaitu USNO bagi menuntut kemerdekaan Sabah melalui Malaysia pada 16 September 1963.


Suluk Tawau Bukan Tausuq ( Filipina )

Suluk Tawau adalah cuma nama asalnya sebuah keturunan namun hakikatnya kewujudan mereka adalah di dalam sebuah komuniti iaitu orang-orang Melayu sama seperti suku-suku kaum Melayu lain yang terdapat di Tawau seperti Melayu Arab, Melayu Banjar dan Melayu Tidung. Oleh yang demikian, orang-orang Melayu keturunan Suluk di Sabah menganggap diri mereka adalah Orang Melayu lebih-lebih sudah ratusan tahun, mereka cuma bertutur dalam satu bahasa iaitu Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya dan adat Melayu bersama komuniti Melayu lain.

Walaupun suku Suluk ini juga ramai terdapat ramai di tempat lain seperti di Filipna dan Kalimantan namun cara hidup, pertuturan dan budaya di antara Suluk Tawau adalah sangat berbeza dengan Suluk di Filipina ( Tausug ). Ini kerana bahasa pertuturan Suluk Tawau adalah bahasa Melayu Sabah manakala pertuturan Suluk di Filipina adalah bahasa pertuturan Suluk [Tausug]. Ramai orang Tausuq di Filipina yang tidak tahu bertutur bahasa Melayu dan bagi yang tahu bertutur dalam bahasa Melayu, loghat pertuturan mereka adalah sangat berbeza dengan loghat masyarakat Melayu Tempatan. Dari segi budaya hidup pula, Suluk Tawau adalah mengamalkan budaya hidup Melayu tempatan Sabah dan gaya hidup bangsa Malaysia manakala masyarakat Tausuq di Filipna telah mengamalkan budaya masyarakat Tausug yang agak berbeza dengan budaya Melayu di Malaysia.


Perbezaan Melayu Tawau ( Berdarah Campuran Suluk ) Dengan Tausuq ( Suluk Filipino )

Melayu Tawau ialah masyarakat Melayu yang wujud di Tawau sebelum zaman penjajahan lagi dan sebelum zaman pendudukan tentera Jepun di Borneo Utara. Manakala Tausuq yang merupakan bangsa pendatang dari Filipina yang datang ke Tawau setelah kewujudan negara Filipino. Di Filipina, mereka dikenali sebagai bangsa Moro manakala di Sabah mereka diwartakan sebagai bangsa Filipino sama seperti bangsa Visaya dan Tagalog yang juga berasal dari Filipina dan datang ke Tawau ketika zaman pergolakan peperangan di selatan Filipina. Walaupun masyarakat Melayu Tawau ada yang berdarah campuran Suluk tetapi mereka tidak tahu langsung bertutur dalam bahasa Suluk sebaliknya hanya tahu bertutur dalam bahasa Melayu Loghat Tawau dan mengamalkan adat tradisi Melayu serta patuh kepada ajaran dan amalan agama Islam yang suci, diwarisi dari nenek moyang mereka yang sememangnya tinggal di Tawau sejak beberapa generasi dahulu.

Masyarakat Melayu Suluk Tawau

       Sebagai penduduk tempatan asli Tawau bersama suku kaum Melayu yang lain seperti Melayu Tidung, Melayu Arab, Melayu Banjar dan Melayu Jawa tempatan, masyarakat Melayu Suluk hidup bersama-sama dengan mengamalkan budaya dan cara hidup Melayu tempatan. Budaya masyarakat Melayu Tawau adalah budaya kemelayuan yang bertunjangkan agama Islam. Masyarakat ini hidup dengan aman di Tawau tanpa terpengaruh dengan budaya dari Indonesia dan Filipina yang dibawa oleh masyarakat pendatang dari kedua buah negara jiran tersebut.Contoh penempatan awal masyarakat Melayu Suluk Tawau bersama masyarakat Melayu Tidung ialah di Kampung Batu Payung, Kampung Apas Balung, Kampung Membalua, Kampung Indrasabah, Kampung Wakuba dan Kampung Ranggu.

Pemimpin masyarakat Melayu di Tawau yang sangat berjasa ketika sebelum dan awal kemerdekaan negeri Sabah ialah Datuk Abu Bakar Titingan, pengasas Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ( PKMT ) pada tahun 1945. Ketua pemimpin masyarakat Melayu pertama di Tawau yang dilantik oleh Kerajaan British ( Penghulu ) pada awal 1900an iaitu OKK Kee Abdullah juga anak angkat kepada seorang nelayan berbangsa Suluk Kudat bernama Ibrahim dan isteri beliau juga adalah seorang wanita Suluk Tawau bernama Jumatiah binti Ami Maidin. Selain itu, terdapat ramai pemimpin dari masyarakat Melayu keturunan Suluk di Tawau yang dilantik menjadi Ketua Anak Negeri sebagai menunjukkan membuktikan yang masyarakat Melayu Suluk Tawau adalah penduduk asal di Tawau. Antaranya ialah OKK Abu Bakar dan OKK Said Sallabi.

Sunday, February 12, 2012

Penyeri Hidupku yang ke 2

Tanggal 1.1.2012, awal tahun ni, di samping menyambut tahun baru, aku juga telah melahirkan cahaya mata kedua. Diberi nama Muhammad Ayish Ashraf.. Ku bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengurniakan aku zuriat yang sangat indah dan sempurna sifatnya..Alhamdulillah..