MARI KITA FAHAM SERBA SEDIKIT SEJARAH MALAYSIA...
JANGAN ESUK ANAK CUCU TANYA KITA MAIN HANTAM JER....
JANGAN ESUK ANAK CUCU TANYA KITA MAIN HANTAM JER....
Kita semua tahu bahawa MALAYSIA ialah nama negara kita setelah berlaku percantuman antara 11 negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Sebelum penubuhan Malaysia, kita di Semenanjung Tanah Melayu memanggil negara kita Persekutuan Tanah Melayu. Semasa negara kita merdeka dari British pada tahun 1957, nama negara kita pada masa itu ialah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.
Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh penjajah British, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan UMNO(United Malays National Organisation). Sebelum itu, negeri-negeri yang tergabung di dalam Persekutuan Tanah Melayu di panggil negeri-negeri TANAH MELAYU sahaja. Di dalam bahasa Inggeris, negeri-negeri Tanah Melayu dipanggil ‘Malay States’, sementara Persekutuan Tanah Melayu di panggil ‘Federation of Malaya’, atau ‘Malaya’ sahaja.
Persoalannya, bagaimana timbul nama MALAYSIA, iaitu gabungan nama-nama MALAYS dan ‘IA’. Dan kenapa pemimpin-pemimpin kita terdahulu menamakan nama negara kita MALASIA. Apakah dengan pertukaran nama dari Persekutuan Tanah Melayu kepada MALAYSIA, terhapuslah kata asal MELAYU sebagaimana dalam nama Persekutuan Tanah Melayu?
Kalau kita kaji nama-nama negara-negara di dunia, terdapat nama-nama utama negara dunia, iaitu yang berakhir dengan ‘land’ , ‘tan’ dan ‘ia’. Semuanya membawa maksud yang hampir sama, bermaksud ‘tanah’. ‘Land’ ialah dari bahasa Inggeris/Eropah, ‘tan’ dari bahasa Farsi, dan ‘ia’ dari bahasa Latin.
Antara nama-nama berakhir dengan ‘land’ ialah England(Tanah bangsa Angels), Iceland(tanah air batu atau ‘ice’), Scotland(tanah bangsa Scots), Swaziland(tanah bangsa Swazis), Finland(tanah bangsa Finns) dan sebagainya. Tidak lupa juga nama Thailand(tanah bangsa Thai).
Antara nama-nama negara berakhir dengan ‘tan’ ialah Pakistan(tanah suci), Tajikistan(tanah bangsa Tajik), Afghanistan(tanah bangsa Afghan) dan Kirgyztan(tanah bangsa Kysgyz). Lain-lain nama termasuk Baluchistan, Kazakhstan, Turkemanistan.
Hampir separuh nama-nama negara dunia berakhir dengan perkataan ‘ia’. Antaranya termasuk Russia(tanah bangsa Ross), Somalia(tanah bangsa Somali), Algeria(tanah bangsa Algiers), Bolivia(tanah bangsa Bolivars), India(tanah sungai Indus), Columbia(tanah Columbus), Mongolia(tanah bangsa Mongols), Ethiopia(tanah bangsa kulit hitam) dan sebagainya.
Dari paparan di atas, jelaslah nama MALAYSIA adalah versi ‘latinised’ berpangkalkan perkataan MALAYS, ungkapan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan MELAYU. Jadi MALAYS-IA bermakna LAND OF THE MALAYS, atau lebih tepat, TANAH BANGSA MELAYU.
Fakta menarik tentang Pembentukan negara Malaysia:
Malaysia sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963. Tetapi disebabkan bantahan daripada negara jiran (Indonesia dan Filipina), ia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963. Atas pertimbangan bahawa tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh asas kepada penubuhan sebuah negara persekutuan dan tarikh 16 September merupakan tarikh tundaan yang ditetapkan disebabkan tekanan yang timbul daripada negara luar, jadi Hari Kebangsaan masih lagi ditetapkan & disambut pada 31 Ogos setiap tahun, iaitu sebagaimana Amerika Syarikat menyambut hari kebangsaan mereka pada 4 Julai setiap tahun, walaupun tarikh kemerdekaan adalah berbeza-beza bagi negeri-negeri dalam Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, tarikh 16 September pada hari ini telah diisytiharkan sebagai Hari Malaysia dan dijadikan cuti umum.
Filipina pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963.
Menurut maklumat tidak rasmi, selain Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak, pihak British juga menawarkan kawasan selatan Siam iaitu Patani, Jala (Yala), Menara (Narathiwat), Singgora (Songkhla) dan Setul (Satun) untuk sama-sama bergabung dan merdeka dalam Malaysia sebagaimana permintaan pemimpin dan pejuang Melayu di kawasan tersebut, memandangkan kawasan tersebut juga masih dihuni oleh majoriti penduduknya dari Bangsa Melayu. Tetapi telah ditolak oleh Tunku Abdul Rahman ketika itu untuk tidak menambah bantahan sebuah lagi negara jiran terhadap cadangan penubuhan Malaysia iaitu Thailand.
Di bawah ini pula merupakan antara cadangan rekabentuk bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu, sebelum dibuat sedikit pengubahsuaian dan seterusnya digunakan sehingga kini apabila Negara Persekutuan Malaysia diisytiharkan :
Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berasa bangga kerana uniknya negara ini. Pelbagai agama, budaya, bangsa tetapi kita masih hidup aman damai. Tidak dinafikan memang terdapat segelintir kelompok kecil yang mempejuangkan “racism”, tapi secara keseluruhannya Malaysia sebuah negara yang majmuk.
CnP

No comments:
Post a Comment